Tone Excel: Soal Jawab Ruangan Bersembang



  Bab 24: Soal Jawab (FAQ).  

Anda juga boleh mendalami kefahaman mengenai ToneExcel ini melalui
Facebook Group: Soal Jawab ToneExcel


SOALAN 49: Nak tanya apa yang akan terjadi bila downline ini mati, ?

Tiada apa2 yang berlaku, downline dia tetap pada kedudukan yang ada sekarang. Kita tetap mendapat komisyen dari topup mereka berdasarkan kedudukannya. Kalau level-2, anda tetap dapat 3%, kalau level-3 anda tetap dapat 11% dari jumlah topup mereka, biar pun upline dia dah tiada lagi. Tiada juga sistem push up.

SOALAN 48: Saya beli data pakej yg RM38 utk 1G, saya tengok video utube, napa cepat habis, kata murah?
Salam tuan, tengok video youtube ke utube, kalau tak salah saya utube tu website lucah tuan. Kalau tengok video ni, tentulah seronok, tentu tengok lama2. Kalau tengok lama2, jangan cerita simkad ToneExcel tuan, simkad apa pun kita pakai tentu habis data pakej macam air. Dalam simkad toneexcel ini, dia ada dua, satu kredit hp dan kedua data internet. Kalau kita guna whatsapp, wechat, facebook, website, maknanya kita guna data internet. Jika data internet habis, automatikly ia akan tolak dari kredit hp kita dengan charge 10sen/Mb. Yang itu memang mahal. Jadi saya nasihatkan tuan, tak perlu nak membazir duit dengan menggunakan kredit hp untuk membeli data RM38/1G, kan sekarang ada promosi topup RM30 dapat 1G percuma. Gunakanlah data percuma tersebut. RM30 tetap ada dalam kredit hp.

Satu lagi selalu cek baki data internet dengan dail *134#
Kalau data internet dah 0 jangan teruskan lagi guna whatsapp/wechat dan sebagainya, kan besar nanti dia tolak. Usahakanlah utk mengisi semula data internet.

Cadangan seterusnya, jangan lama2 sangat tengok utube, youtube tak mengapa.

SOALAN 47: saya nak tanya macam mane nak check port-in sbb saya masih mentah dalam biz tone talk ni.....boleh bg cara dia x?

Ada beberapa cara untuk anda check port in status.
1. Call HQ 010-5000 969
2. Call DEC 0111-508-1515
3. Cara SMS, hantar SMS dengan menggunakan no.hp lama yang ingin dikekalkan. Hantar SMS seperti ini:
TE PORT hantar ke 2888

SOALAN 46:
1. Saya baru join tone excel , saya promote kat org pastu kalau org tu ckp "gaji awk bulan lepas berapa" apa nk balas? Saya x de income lgi sebab baru join .

2. Kan harga call dan sms mahal sikit , ape jawapan nk dibalas kalau org tu ckp kenape mahal . Selain jawapan "die mahal sebab tone excel dh tawarkan byk kelebihan so kita x boleh samakan harga "?

Untuk soalan pertama itu, jawap sahaja  "Saya x de income lgi sebab baru join". Seperti orang baru kerja juga, masa mereka mula2 kerja dahulu, dapat gaji ke?, Sebulan kerja, baru dapat gaji. Kalau baru seminggu kerja, mana nak dapat gaji. Jadi kalau tak dapat gaji, mereka tak mahu kerja ke? Jawab saja sejujurnya, kita tak perlu menipu untuk memenang hati pelanggan.

Untuk soalan kedua, call/sms rate satu kajian mengatakan ia kedua terendah di negara kita, average calling rate yang lain adalah 36 sen seminit. ToneExcel tiada average, kerana ia flat rate, hanya 28 sen seminit, itu tak masuk lagi percuma kredit bila topup RM50.

Kalai orang cakap mahal, tanya dia, awak bandingkan dengan apa? Katalah dia kata simkad "MACD" ini murah, tanya dia balik, berapa panggilan seminit, keadaan bagaimana untuk dapat rate sedemikian, bagaimana rate keadaan lain, yang itu siang ke malam, yang itu topup RM5 ke topup RM30? Yang itu rate untuk kredit overdue atau tidak? yang itu rate untuk panggilan sesama mereka atau tidak? pasti mereka pun tak boleh jawab, sebab mereka pun tak tahu. Kalau tak percaya tuan pergi ke shopping komplek, tanya pada agen2 penjual simkad ini, dan tanya pasal rate, mereka hanya akan cerita rate yang paling murah sahaja, rate yang paling mahal mereka tak cerita kerana mereka sendiri pun tak tahu. Adakah mereka tahu kadang2 charge untuk keadaan tertentu mencecah sehingga 48 sen seminit?. Itu dinamakan charge tersembunyi.

Sebab itu telco didunia termasuk di Malaysia, satu quater sahaja untung beratus juta ringgit. ToneExcel bayar kepada ahli berpuluh juta ringgit. Sebab itu telco lain sering kena saman kerana kes2 kos tersembunyi. ToneExcel setakat ini tiada kena saman kerana kos tersembunyi atau kes menipu agen.

Kalau orang jual goreng pisang pada tuan, tuan tanya berapa harga, dia pun jawab, harga bergantung pada keadaan, kalau mood saya baik, lain harga, kalau mood tak baik lain harga, kalau siang lain harga, kalau malam lain harga, kalau saya sihat lain harga, kalau saya demam lain harga, agak2 tuan beli tak. Ini semua kes orang nak menipu le. ToneExcel telus tuan, rate tidak akan berubah hanya 28 sen sahaja. Dalam agama, urusan jual beli ini yang sah. ToneExcel tak perlu panel syariah, sebab amalannya sendiri adalah telus untuk akad jual beli.

Buat apa panel syariah, tapi amalan menipu saya sini.

SOALAN 45: Adakah "Bisnes Preview" untuk program ini diadakan dimana-mana?
Ada, HQ ada membuat Bisnes Preview setiap malam rabu jam 8.30 malam, Ahad jam 2.00 petang di:
Ibu Pejabat Tone Excel
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Indah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling,
Kuala LumpurTel: 010 5000 969

Untuk ditempat lain, anda kena lihat dahulu senarai Branch yang berhampiran dengan anda (Senarai Branch) kemudian call mereka dan tanya bila mereka buat preview.

SOALAN 44: Bolehkah saya jumpa terus untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang program ini?
Boleh, tetapi anda perlu call saya terlebih dahulu. Ambil no phone saya di muka hadapan.

SOALAN 43: Boleh ke saya buat bisnes ini, kerana saya tak tahu komputer?
Bisnes ini tidak perlu langsung pengetahuan komputer atau internet, asalkan tahu guna handphone dan tahu buat SMS, sudah cukup.

SOALAN 42: Sendiri topup dapat komisyen tak?
Dapat 3%.

SOALAN 41: Saya pengguna TuneTalk biasa, kalau saya join ToneExcel ini dan nak kekal no lama, point macamana?
Jika anda kekalkan no TuneTalk biasa ke ToneExcel, point dan juga balance kredit akan berpindah sekali dan kekal.

SOALAN 40: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda sendiri dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, tetapi lebih elok kalau anda top up lebih besar dari RM50 kerana sekaligus boleh dapat perlindungan insurans kemalangan. Kalau anda topup RM60 keatas, komisyen dari group anda, akan dinaikkan, bukan lagi 6,3,11% tetapi ia menjadi 10,3,13% untuk level 1,2 dan 3.

SOALAN 39: Adakah saya kena top-up sekaligus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh. Sekaligus pun boleh, sedikit-sedikit pun boleh.

SOALAN 38: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dan bulan tersebut downline anda topup seperti biasa, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika top up anda lebih RM20.

SOALAN 37: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya kembangkannya secara online?
Jika anda ada pengetahuan internet dan komputer, anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA didalam www.hasil100fb Bab 14.com Ia boleh membantu serba sedikit promosi anda.

SOALAN 36: Bolehkah saya nak sponsor orang lain tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu anda lakukan adalah photostatkan IC anda dan IC ahli tersebut, isikan borang 3rd party (klik sebelah kanan dan Save as utk download borang ini) dan hantarkan ke email hq.care@tonegroup.net atau anda boleh faxkan ketiga-tiganya ke nombor 03-90540278

SOALAN 35: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin menyertai program ini?
Boleh, tetapi anda mesti dapatkan simkad ToneExcel yang berharga RM98.60 ini terlebih dahulu.

SOALAN 34: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan nombor  tunetalk ini kepada SIMKAD ToneExcel saya yang baru, adakah baki kredit dan point yg sudah ada akan hilang?
Boleh. Hanya gunakan cara SMS Bab 11 sahaja untuk mengekalkan nombor lama. Baki kredit dan point tidak hilang, dan ia akan dibawa sekali.

SOALAN 33: Saya pergi ke kedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM98.60?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad kita tidak dapat apa-apa komisyen. Itu bezanya.
Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up di kedai, hanya minta top up "tunetalk" sahaja, jangan minta top up toneexcel, tiada siapa yang tahu.

SOALAN 32: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 28 sen panggilan seminit?
Rate ToneExcel merupakan yang kedua terendah di Malaysia ini, sebab ia tidak ada kos tersembunyi, semua pukul rata 28 sen seminit.

SOALAN 31: Bagaimana pula dengan rate panggilan keluar negara?
Anda boleh menghungi HQ untuk bertanya tentang kadar panggilan ke negara-negara tertentu. Lain negara, lain ratenya, atau anda boleh klik disini.

SOALAN 30: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan nombor passport mereka. Semasa pendaftaran Bab 10, gantikan IC dengan no passport, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN 29: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu anda boleh cuba dengan CARA SMS (Bab 10). Kalau no lama anda tiba-tiba dah tak boleh pakai lagi, ini bermakna permohonan itu berjaya dan diluluskan, jika selepas 48jam tak bertukar, maknanya permohonan itu ditolak. Kedua-dua simkad masih boleh digunakan.

SOALAN 28: Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?
Tak mengapa, baru pun, asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk check baki data internet *134# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi kekedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.

SOALAN 27: Telco lain ada berikan Aktiv10, maknanya dapat rate special untuk 10 rakan saya, TuneTalk ada ke macam itu?
ToneExcel tiada kemudahan ini. ToneExcel hanya flat rate 28 sen seminit, tiada kos2 tersembunyi yang lain.

SOALAN 26: Boleh ke simkad ini nak guna untuk internet atau smart phone?
Boleh, RM38 untuk 1G selama sebulan.
Cara nak subscribenya adalah: hantar sms ke 2222 dengan menaip 1GB
Kalau habis dan nak tambah taip 1GB Add dan hantar ke 2222.
Maklumat lanjut boleh lihat disini. Klik disini
Tapi saya cadangkan buat apa nak beli, kan rugi kredit RM38, baik kita topup terus RM30, dapat 1G percuma.

SOALAN 25: Salam, katakan saya sponsor orang lain, adakah dia juga dapat website percuma?
Salam tuan. Dapat. Semua akan dapat web promosi utama tersebut, pergi sahaja ke Bab 14

SOALAN 24: Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, hanya di level pertama sahaja.

SOALAN 23: Saya nak kekalkan no lama, tapi no lama tu line/postpaid, kalau boleh perlu ke saya terminate line tu dulu?
JANGAN TERMINATE line itu dahulu, nanti langsung tak boleh nak kekalkan no lama. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah bayar bil2 tertunggak jika anda. Itu sahaja. Kemudian barulah gunakan cara SMS untuk kekalkan no lama.

SOALAN 22: Saya nak kekalkan no lama, tapi no ini adalah no supplimentari (nombor tambahan), boleh ke?
Tidak boleh. No suplimentari tidak boleh dipindahkan. Apa yang perlu anda lakukan, pergi ke center telco lama anda, dah ubah dahulu menjadi line utama, asing2kan terlebih dahulu, baru boleh ditukarkan.

SOALAN 21: Boleh ke saya menghantar pendaftaran cara SMS kepada DEC selepas jam 2 pagi?
Boleh, hantar sahaja, mereka akan key in kan keesokkan harinya.

SOALAN 20: Saya dah hantar pendaftaran ke DEC, tapi tak ada jawapan pun, dah masuk 2 hari, tadi saya dah check dengan DEC, mereka kata reply SMS hari tu lagi, tapi mereka ok, bantu saya hantar sekali lagi. Cumanya kenapa dia jadi macam tu?
Kesilapan ini sering berlaku. Katalah anda hantar maklumat pendaftaran kepada DEC guna handphone line celcom, belum lagi dapat reply anda sudah keluarkan simkad celcom tersebut dan masukkan simkad tunetalk. Mana boleh macam tu, reply akan dihantar kepada handphone yang mula2 anda hantar maklumat pendaftaran tersebut. Jangan tukar lagi simkad tu, tunggu reply dulu, bila dah dapat, baru masukkan simkad tunetalk dan buat satu SMS.

SOALAN 19: Saya nak kekalkan no lama, dah masuk seminggu tak berubah pun, susah la saya macam ni, orang nak hubungi saya pun susah, mereka bukan tahu nombor baru saya, mereka tahu nombor lama saje?
Tuan, cara dia macam ni, bila tuan dah hantar pendaftaran kepada DEC, dan bila dah dapat reply, keluarkan simkad lama tuan, masukkan simkad tunetalk kedalam hp tuan dan buat satu SMS kemana-mana. Lepas tu keluarkan semula simkad tunetalk tu, dan masukkan balik simkad lama tuan. Jadi mana ada masalah orang nak hubungi tuan. Masa proses pertukaran ini, dua-dua simkad masih boleh pakai, jadi pakailah line lama dulu, kan tiada masalah. Selepas dua hari (paling lama) kalau line lama masih tak bertukar, maknanya permohonan tuan nak pindahkan no lama tu ditolak, jadi kalau nak tahu sebabnya minta bantuan DEC untuk checkkan. Waktu ini kedua simkad masih boleh digunakan, cumanya simkad tunetalk itu tetap dengan no tunetalknya, simkad lama anda tetap boleh pakai. Jadi pakailah dua-dua.

SOALAN 18: Saya nak kekalkan no lama 012-669X XXX, dah masuk seminggu tak kekal-kekal pun, saya tanya DEC mereka suruh saya pergi sendiri dekat Maxis dan check ini line register atas nama sapa, pasal apa dia orang tak boleh tolong checkkan ke, apa punya service macam ni?
Tuan, DEC tu agen biasa macam tuan jugak, mereka tu bantu buat pendaftaran sahaja dengan saya. Pertama sekali belajar cakap terima kasih tuan, bila orang dah tolong tuan, jangan adab pun kita terlepas pandang.

Apabila mereka tolong applykan no lama tuan, mereka tu hanya orang tengah sahaja tolong hantarkan permohonan tuan ke maxis, dan malangnya maxis sudah tolak permohonan itu. Saya sudah check no tuan ini, Maxis kata no itu bukan diregisterkan atas nama tuan, jadi atas nama siapa? Maxis tak akan beritahu kecuali owner nombor tersebut yang tanya. Nombor itu mungkin tuan yang guna, tapi dulu mungkin register atas nama orang lain, mungkin isteri tuan, mungkin adik beradik tuan. Beginilah, katakanlah isteri tuan simpan duit di Amanah Saham Bumiputera (ASB), cuba tuan pergi bank, bawa IC tuan tetapi tuan nak keluarkan duit ASB dari akaun isteri tuan, agak2 dapat tak? Walau pun tuan mengamuk kat counter tu, kata itu duit isteri saya, saya dah 30 tahun kawin dengan dia, kami sehidup semati, susah senang sama2, mesti saya boleh ambil duit dia. Jawapannya TIDAK BOLEH. Itu kata mereka, yang boleh ambil duit tersebut hanyalah isteri tuan, itu pun kalau dia bawa IC dan buku akaun ASB tersebut.
Kalau orang senang2 nak ambil no lama yang bukan didaftarkan dengan IC sendiri, porak puranda satu Malaysia la tuan, no tuan orang lain ambil, no saya orang lain ambil, no menteri  orang lain ambik, bengong jadiknya.

Kesimpulannya tuan kena pergi sendiri tanya dengan Maxis, no tu sebenarnya register atas nama siapa, itu pun kalau Maxis nak layan tuan, kalau sah register bukan no IC tuan, mereka boleh kata "Awak siapa nak tahu maklumat tentang no orang lain", tuan pun boleh kena halau dengan mereka.

SOALAN 17: Dah lama saya tak gunakan tune talk, how to reactivate my account. Saya masih ada 8 simcard yg belum di aktifkan, can I still use it.? Thank you
yes, you can use those 8 simcards, because it has no expiry date. Just simply use CARA SMS (Bab 10) to register and activate it.

SOALAN 16: Dulu saya dah join toneexcel ini, dah lama tak topup, simkad pun dah expired, tapi saya dulu ada sponsor ramai orang, boleh ke saya aktifkan simkad semula dan dapat balik ID lama saya?
Jawapnya, TIDAK BOLEH, jika anda ingin sertai semula program ini, beli simkad baru yang berharga RM98.60 dan sertai semula dengan ID yang baru. Mulakan hidup baru di ToneExcel.

SOALAN 15: Saya cuba masuk ke member area www.toneexcel.com tapi tersalah password, saya lupa password, hingga account saya kena block, apa perlu dilakukan?
Klik disini kemudian klik di bahagian “Lost Your Password”, pilih no hp anda yang mana satu utk menerima password sementara. Senang kata ikut arahan yg diberikan.

SOALAN 14: Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu, borang 3rd Party (anda boleh download dengan klik sebelah kanan, dan Save As) kemudian fax kan bersama salinan IC anda dan IC pemegang akaun tersebut, fax ke 03-90540278. atau scankan dan hantar ke hq.care@tonegroup.net

SOALAN 13: Topup tunetalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari

SOALAN 12: Salam tuan, semalam saya pergi 7-Eleven minta topup ToneExcel, tapi mereka kata tiada topup ToneExcel?
Wsalam tuan, kita minta topup tunetalk je tuan, tak perlu sebut toneexcel.

SOALAN 11: Saya dulu join RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone saya?
Boleh cuba apply. Disini saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh cuba apply untuk kekalkan no lama. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.

SOALAN 10: Dalam toneexcel ini, ada pangkat-pangkat ke, boleh upgrade, untuk dapat komisyen topup yang lebih?
Ada, didalam program Tone Excel ini, ia terdapat beberapa pangkat yang boleh kita sertai, semakin tinggi pangkat, semakin tinggilah percent topup yang akan kita perolehi.

1. Junior Center
2. Service center
3. Branch Center

Penerangan tentang pangkat dan cara2 nak upgrade boleh lihat di Bab 18.

SOALAN 9: Encik, saya dah join ToneExcel ini, saya dah buat port in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh call keluar, macamana nak settle ya?
Call sahaja HQ 010-5000 969, mereka akan bantu, sebab itu masalah setting untuk handphone anda. Kalau nak minta tolong terus pada TuneTalk pun boleh untuk bab2 setting seperti ini, call terus mereka 010-500 1333.

SOALAN 8: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?
Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update didalam member area, dan yang keduanya, bila dah dapat reply SMS, tapi tak buat satu SMS kemana-mana, dengan kata lain, selepas aktifkan simkad, mereka langsung tidak menggunakan simkad tersebut, memang upline dia tak dapat RM20.

SOALAN 7: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
Dapatkan simkad ganti "replacement card" di branch/Service Center berhampiran, atau jika nak order secara online sila hubungi Abang Ishak 010-5250856, nanti dia akan bantu langkah seterusnya.

SOALAN 6: Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?
Hantarkan email kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau call dahulu abang Ishak di talian 010-5250856, tanya dia apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, maklumat apa yang diperlukan.

SOALAN 5: Saya tersalah letak downline saya semasa menggunakan CARA SMS, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan?
Tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan, ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum sms pastikan idp adalah betul. Kesilapan meletakkan IDP adalah kesilapan yang tidak boleh dibetulkan. Saya cadangkan anda beritahu mereka untuk mendapatkan simkad yang baru.

SOALAN 4: Saya nak masuk kedalam website member area saya tapi tak tahu username dan password?
Website member area adalah www.toneexcel.com
Username: Adalah no IC anda, tanpa sengkang, bukan no ID anda.
Password (sementara): 1234 selepas itu tukar kepada password anda sendiri.

SOALAN 3: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda www.toneexcel.com dan klik di Geneology kalau tiada juga, call DEC untuk pengesahan.

SOALAN 2: Katanya jika saya meninggal dunia, komisyen topup bulanan yang saya dapat tu boleh diwariskan, tapi kat mana saya perlu letakkan nama pewaris tu?
Anda login kedalam www.toneexcel.com dan disitu ada Edit Beneficiary Info

SOALAN 1: Bagaimana dan di manakah saya dapat memohon bantuan sekiranya saya ada masalah?
Pertama sekali anda boleh rujuk kepada upline anda, jika mereka tidak dapat membantu anda boleh rujuk kepada mereka dibawah ini.

Untuk panduan, rujukkan dan pertanyaan.
HQ ToneExcel
Tel: 010-5000 969
Fax: 03-90540278
Email: hq.care@tonegroup.net
Berkenaan:
1. Masalah komisyen dan bonus
2. Simkad tidak boleh digunakan
3.Status keahlian - simkad dah expired
4. Mengenai website Member Area, lupa password, nak reset password.
5. Affiliate page.
6. Penerangan mengenai program ini.

TuneTalk Customer Care
No Contact: 010 500 1333
Berkenaan:
Masalah talian tunetalk.

Admin/Upline kepada sebahagian besar daripada kita:
Nama:  Abang Ishak Tel: 010-517 3358 atau 010-525 0856
Email:  toneexceldotbiz@gmail.com
Berkenaan:
1. Masalah shipment.
2. Pembetulan pendaftaran seperti tersalah IC
3. Kehilangan simkad.
4. Nak beli simkad directly.
 
Data Entry Center.
Nombor Pendaftaran : 014-705 5569
Nombor untuk dihubungi atau bercakap:
03-7773 1454, 03-7773 1464, 0111 508 1515, 0111 509 1515, 0111 512 1515
Waktu Data Entry: Setiap hari dari jam 9 pagi - 11 malam.
Berkenaan:
1. Data Entry Support.
2. Pendaftaran lambat dapat. Jika sudah lebih 1 jam hantar SMS, tetapi masih tak dapat.
3. Tersalah hantar IDP, kalau masih belum key in, masih boleh dibetulkan, kena call cepat.
4.Tersalah hantar IC, kalau masih belum key in, masih boleh dibetulkan, kena call cepat.
5. Nak check status kekal no lama.



Kembali ke MENU